Sunday, February 26, 2017

There is no Mr Perfect !!!!!

Salam pagi Isnin....
Sabtu lalu sekolah aku ada merentas desa. 7.20 dah kena ada dekat sekolah. Aku malam tu boleh lena biasa la macam malam- malam selalu memang dok lena lewat. Mangkit pagi tu 6.30. Mandi solat tau tau dah pukul 7.00 . Dah lambat dah nie. Minyak tak isi lagi. Kalut gak kuaq rumah untuk ke sekolah. Boh minyak kat Petronas terus hambat moto  ke destinasi . Sampai x cun dalam 7.22 . Kalut terus ke naik pejabat cari name list . Haram tak jumpa kalau kalut2 nie . Capai mana yang ada dulu la.
Terus naik dewan untuk semak kedatangan . Semua mai lega ...... Tanda la dekat namelist sementara dulu . Aku suruh class monitor hantar dulu name list yg dok ada sementara aku turun cari yang proper name list . Aku turun dan jumpa terus naik balik . Tanda semula nama dan minta depa hantar kembali dan ambik balik name list yang tak proper tu . Terus aku turun ke pejabat sebab tahun ni x bertugas . Nak merentas desa dengan pelajar. Selepas merentas desa pi rehat kat port biasa minum-minum sebab sat gi nak sambung LDP pulak . Sampai 12.30 juga LDP tu . Lepas tu tgk whatsups sekolah depa hingar pasal name list x proper dan guru mai lambat . Salah memang salah tapi benda kecik tak payah la dok bising sangat.Bersangka baik la munkin bukan aku yang dimaksudkan tapi mungkin juga aku .Bukan sesi persekolahan cuma aktiviti tambahan. Kadang-kadang bila berada sedikit tinggi di atas akan berasa sedikit besar. Banyak kes dah hang buat kat guru-guru ni .Baru ni pun dah ada orang letak jawatan koko pasal hang bising orang lambat masuk kelas sebab uruskan hal koko. Kadang-kadang benda kecik jangan dok wat hingar lebih nanti orang benci. Salah orang nampak sangat salah sendiri ..... Bukan orang tak nampak tapi orang tak mau kata sahaja. Nasihat pada diriku sendiri tengok dulu kita ni tidak sempurna jadi jangan harapkan orang lain sempurna. Bantu mereka untuk sempurna. Kalau sekeliling kita tidak sempurna bantu supaya kita akan rasa sempurna. Cukup !!!!
Semua orang mempunyai kehidupan yang berbeza.
Niatkan hidup mencari keredhaan yang Maha Sempurna . Aku akan betulkan kesilapan diri dan berhenti mencari kesalahan orang lain.
YM/FB :zaxlroses/Azahairi Abd Aziz
 Email : zaxl_81@yahoo.com.my
 Call/Sms : 016-2254337 Azahairi Abd Aziz ©

Tuesday, February 14, 2017

Murtabak Pagi Terbaik Di Kepala Batas

Hari ni seperti biasa tugas menghantar anak ke rumah pengasuh aku lakukan tanpa rungutan. Sudah menjadi rutin harian mengurus anak setelah Mrs ke pejabat. Selepas Along dan angah aku hantar ke kafa , Umar aku hantar ke tadika. Sambil dok layan fly fm dalam kereta aku terus menghantar Afiqah ke rumah pengasuhnya di kampung di Permatang Tiga Ringgit. Lapaq pulak perut .....aku jarang makan breakfast cukup selalu sekadar air kosong di pagi hari. Layan murtabak pun syiok . Lama jugak tak layan murtabak PTR . Meninggalkan Afiqah yang masih mamai kepada pengasuhnya aku terus memandu ke gerai catok tu . Orang tak berapa ramai. Ni yang best aku memang tak suka tunggu lama2 bila dah lapaq .Order murtabak biasa dan teh tarik sambil membaca suratkhabar . Layan wei macam orang pencen. Feel rasa macam orang pencen jer sambil layan surat khabar free .Yang best kedai ni banyak surat khabar . Murtabak kat sini memang boleh layan . Ada kuah dal sambal dan bawang.


Lokasi Permatang Tiga Ringgit Berhadapan Kilang Beras
7.50 -11.00 pagi. Jumaat tutup

YM/FB :zaxlroses/Azahairi Abd Aziz
 Email : zaxl_81@yahoo.com.my
 Call/Sms : 016-2254337 Azahairi Abd Aziz ©

Monday, February 13, 2017

Nombor 36 ????


Apa yang ada pada no 36.
Banyak tanda tanya hidup sudah terjawab setelah tercapai angka 36 . Persoalan kehidupan, keluarga dan karier telah terjawab. Di kala 36 ini menjelma aku masih mencari jawapan yang belum menerpa dan menjelmakan jawapan kepada beberapa persoalan yang menganggu benakku. Pemergian 2 orang sahabat yang sebaya dan muda beberapa tahun dari aku di jemput oleh Maha pencipta memberi tamparan kesedaran kepadaku.Al fatihah kepada saudara satu dorm dengan aku Abdul Rasyid dan Cikgu Hadi Pendang Collector tegar HW. Ajal tak mengenal siapa kita . Hanya tuhan yang Agung yang mengetahui perjalan hidup kita.  Di mana jejakku sebenarnya ???
Adakah cukup persediaanku mengadap Ilahi. Aku rasa masih teramat jauh dari jalan yang lurus. Masih sesat dan tenggelam dalam dunia yang sementara. Rezeki di cari secara membuta tuli. Semua untuk dunia . Kebanggaan dunia dicari dan dambakan untuk mencintai dunia. Apa yang aku mahu sekarang.
Ya aku mahu berubah .....Berubah untuk menjadi lebih baik. Macam mana yang dikatakan  baik
Yang Diredai Allah s.w.t .
Macam mana ??? Aku bukan insan yang baik , tapi aku pernah diajar untuk jadi baik.  Aku kena mula dengan apa yang aku tahu dahulu. Amalkan amalan yang aku tahu. Tambahkan ilmu. Kenal diri , Kenal tuhan dan bagaimana ini akan aku laksanakan. Aku sendiri belum ada jawapan yang pasti.

YM/FB :zaxlroses/Azahairi Abd Aziz
 Email : zaxl_81@yahoo.com.my
Call/Sms : 016-2254337 Azahairi Abd Aziz ©

Wednesday, January 25, 2017

Kembali.... 2017



25.1.17
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Entry pertama tahun ini merupakan permulaan kepada penulisan blog setalah bertahun ku tinggalkan. Blog peribadi ini merupakan dedikasi kepada diri sendiri yang sudah lama meninggalkan penulisan di blog setelah lelah bermain foto. Dahulu saya pernah menulis blog khas untuk dunia fotografi.Kali ini blog yang di tulis saya lebih menjurus kepada  kehidupan sehari yang mungkin boleh memberi sedikit ilmu atas pengalaman dan pemerhatian saya tentang DUNIA .

YM/FB :zaxlroses/Azahairi Abd Aziz
 Email : zaxl_81@yahoo.com.my C
all/Sms : 016-2254337 Azahairi Abd Aziz ©

Saturday, December 8, 2012

Remember today

Hari nie banyak kerja dibuat
Kenduri anak pak jang maani
Pi umah tok ambik pelita
Singgah nak ambik adik
Kemas laman sikit
Nie nak pi makan pulak

Wednesday, October 13, 2010

Konvo Azfar Hanif

10.10.2010
Tarikh keramat dimana ramai pengantin mahu mengabadikan tarikh ini sebagai tarikh akad nikah mereka.Sedangkan aku terpaksa menolak beberapa tawaran akad nikah pada hari ini kerana tugasan tak rasmi Konvo di Universiti Putra Malaysia.Bertolak dari Penang pada malam hari Jumaat aku singgah ke Ipoh untuk satu lagi photoshot keluarga Abdul Hakim dan Atariah bersama anak mereka yang comel Aqellah Hafizah.Pada petang sabtu terus bertolak ke Kuala Lumpur untuk Photoshot Konvo tersebut. Tiba seawal 7.00 pagi memudahkan aku parking kereta di kawasan yang paling hampir dengan dewan memudahkan kerja aku . Dijemput kedewan dalam pukul 8.00pagi kami disajikan dengan beberapa slide sebelum acara sebenar bermula. bermula dengan acara perarakkan masuk kedewan sehingga tamat upacara konvo semuanya berlaku dengan lancar .Selepas tamatnya upacara rasmi konvo bermulalah pula upacara photoshoot aku tetapi terpaksa ditamatkan awal kerana faktor cuaca



Untuk lihat lebih klik sini
YM/FB :zaxlroses/Azahairi Abd Aziz
Email : zaxl_81@yahoo.com.my
Call/Sms : 016-2254337
Azahairi Abd Aziz ©

Monday, October 4, 2010

Reunion SMDHMNA Batch of 98

2 oktober bertempat di Ball Room Hotel Flaminggo berlangsungnya Reunion SMDHMNA Batch of 98
yang mana tugasanku bersama dua rakan iaitu En Shah dan Cmratu dijemput untuk menembak sepanjang majlis berlangsung. Dari acara red carpet ,acara formal seperti ucapan,nyanyian ,cabutan bertuah ,majlis makan malam sehingga aksi kandid mereka semuanya tidak terlepas dari lensa aku dan rakan-rakan kerana masing-masing ada tugasan masing-masing.Itulah sebabnya mengapa sesetengah jurugambar bergerak dalam satu kumpulan kerana tidak mahu terlepas shot yang menarik dan selalunya satu babak mempunyai beberapa angle menarik yang berlainan.
Beberapa Sajian daripada lensa kamera aku .....semuga terhibur



untuk lebih gambar klik Sini
YM/FB :zaxlroses/Azahairi Abd Aziz
Email : zaxl_81@yahoo.com.my
Call/Sms : 016-2254337
Azahairi Abd Aziz ©

Wednesday, September 29, 2010

Fahmi dan Erma Pre Weddings

Ahad yang lalu bertempat di Penang Free School aku shot Pre Weddings nie. Pasangan yang menarik, mudah dan sentiasa ceria dan amat kreatif serta inovatif terhadap photoshoot nie. Dengan Tema Back to School Erma yang mengenakan baju sekolah manakala Fahmi pula dengan baju Pengawas (kalau tak salah) cukup serasi bila bersama.Photoshoot yang pertama berjalan dengan baik sekali dan prop dapat digunakan dengan sebaik mungkin.Untuk set photoshoot yang kedua kami bercadang untuk menggunakan konsep modern di tempat yang agak historik di sekitar Port Cornwalis tetapi terpaksa di batalkan kerana hujan lebat....Kesian kepada rakan-rakan yang mengikuti photoshot ini dan prop yang telah disiapkan seperti kereta s2000 yang telah siap dikilatkan turut basah ditimpak dek hujan yang lebat...Sayang sekali ....Tq to Fahmi ,Erma dan rakan-rakan kerana setia menunggu dari mula Photoshot hingga ke akhirnaya .....






YM/FB :zaxlroses/Azahairi Abd Aziz
Email : zaxl_81@yahoo.com.my
Call/Sms : 016-2254337
Azahairi Abd Aziz ©

Monday, September 6, 2010

Afiq Aiman Hasif test Baju raya

Salam ...
Semalam aku membeli belah baju anak2. Pastu malam buat photoshot gambar budak-budak tue ...syok tgk telatah Afiq Aiman Hasif (abang) dengan baju barunya .....Mari layan gambar Afiq Aiman Hasif tgh Test Baju dia ......


Segak berbaju melayu


Bergaya Moden


Bergaya Moden

YM/FB :zaxlroses/Azahairi Abd Aziz
Email : zaxl_81@yahoo.com.my
Call/Sms : 016-2254337
Azahairi Abd Aziz ©

Salam Lebaran ......

Salam .....
Kepada semua pembaca blog ku ini. Aku mohon ribuan kemaafan di hari yg mulia ini diatas kesilapan ku Tutur bicara ku ketika mengendalikan ruangan blog ini. Semoga kita semua diberkati oleh Nya Diberi syafa'at dan akan berkesempatan Bertemu Ramadhan mulia yang akan datang, Insya-AllahSemoga berbahagia di Hari Lebaran ini

Walaupun tangan tak berjabat
Wajah tak sempat ditatap
Seikhlas kata dari saya dan keluarga
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin


YM/FB :zaxlroses/Azahairi Abd Aziz
Email : zaxl_81@yahoo.com.my
Call/Sms : 016-2254337
Azahairi Abd Aziz ©