Tuesday, February 14, 2017

Murtabak Pagi Terbaik Di Kepala Batas

Hari ni seperti biasa tugas menghantar anak ke rumah pengasuh aku lakukan tanpa rungutan. Sudah menjadi rutin harian mengurus anak setelah Mrs ke pejabat. Selepas Along dan angah aku hantar ke kafa , Umar aku hantar ke tadika. Sambil dok layan fly fm dalam kereta aku terus menghantar Afiqah ke rumah pengasuhnya di kampung di Permatang Tiga Ringgit. Lapaq pulak perut .....aku jarang makan breakfast cukup selalu sekadar air kosong di pagi hari. Layan murtabak pun syiok . Lama jugak tak layan murtabak PTR . Meninggalkan Afiqah yang masih mamai kepada pengasuhnya aku terus memandu ke gerai catok tu . Orang tak berapa ramai. Ni yang best aku memang tak suka tunggu lama2 bila dah lapaq .Order murtabak biasa dan teh tarik sambil membaca suratkhabar . Layan wei macam orang pencen. Feel rasa macam orang pencen jer sambil layan surat khabar free .Yang best kedai ni banyak surat khabar . Murtabak kat sini memang boleh layan . Ada kuah dal sambal dan bawang.


Lokasi Permatang Tiga Ringgit Berhadapan Kilang Beras
7.50 -11.00 pagi. Jumaat tutup

YM/FB :zaxlroses/Azahairi Abd Aziz
 Email : zaxl_81@yahoo.com.my
 Call/Sms : 016-2254337 Azahairi Abd Aziz ©

No comments:

Post a Comment