Sunday, February 26, 2017

There is no Mr Perfect !!!!!

Salam pagi Isnin....
Sabtu lalu sekolah aku ada merentas desa. 7.20 dah kena ada dekat sekolah. Aku malam tu boleh lena biasa la macam malam- malam selalu memang dok lena lewat. Mangkit pagi tu 6.30. Mandi solat tau tau dah pukul 7.00 . Dah lambat dah nie. Minyak tak isi lagi. Kalut gak kuaq rumah untuk ke sekolah. Boh minyak kat Petronas terus hambat moto  ke destinasi . Sampai x cun dalam 7.22 . Kalut terus ke naik pejabat cari name list . Haram tak jumpa kalau kalut2 nie . Capai mana yang ada dulu la.
Terus naik dewan untuk semak kedatangan . Semua mai lega ...... Tanda la dekat namelist sementara dulu . Aku suruh class monitor hantar dulu name list yg dok ada sementara aku turun cari yang proper name list . Aku turun dan jumpa terus naik balik . Tanda semula nama dan minta depa hantar kembali dan ambik balik name list yang tak proper tu . Terus aku turun ke pejabat sebab tahun ni x bertugas . Nak merentas desa dengan pelajar. Selepas merentas desa pi rehat kat port biasa minum-minum sebab sat gi nak sambung LDP pulak . Sampai 12.30 juga LDP tu . Lepas tu tgk whatsups sekolah depa hingar pasal name list x proper dan guru mai lambat . Salah memang salah tapi benda kecik tak payah la dok bising sangat.Bersangka baik la munkin bukan aku yang dimaksudkan tapi mungkin juga aku .Bukan sesi persekolahan cuma aktiviti tambahan. Kadang-kadang bila berada sedikit tinggi di atas akan berasa sedikit besar. Banyak kes dah hang buat kat guru-guru ni .Baru ni pun dah ada orang letak jawatan koko pasal hang bising orang lambat masuk kelas sebab uruskan hal koko. Kadang-kadang benda kecik jangan dok wat hingar lebih nanti orang benci. Salah orang nampak sangat salah sendiri ..... Bukan orang tak nampak tapi orang tak mau kata sahaja. Nasihat pada diriku sendiri tengok dulu kita ni tidak sempurna jadi jangan harapkan orang lain sempurna. Bantu mereka untuk sempurna. Kalau sekeliling kita tidak sempurna bantu supaya kita akan rasa sempurna. Cukup !!!!
Semua orang mempunyai kehidupan yang berbeza.
Niatkan hidup mencari keredhaan yang Maha Sempurna . Aku akan betulkan kesilapan diri dan berhenti mencari kesalahan orang lain.
YM/FB :zaxlroses/Azahairi Abd Aziz
 Email : zaxl_81@yahoo.com.my
 Call/Sms : 016-2254337 Azahairi Abd Aziz ©

No comments:

Post a Comment