Monday, February 13, 2017

Nombor 36 ????


Apa yang ada pada no 36.
Banyak tanda tanya hidup sudah terjawab setelah tercapai angka 36 . Persoalan kehidupan, keluarga dan karier telah terjawab. Di kala 36 ini menjelma aku masih mencari jawapan yang belum menerpa dan menjelmakan jawapan kepada beberapa persoalan yang menganggu benakku. Pemergian 2 orang sahabat yang sebaya dan muda beberapa tahun dari aku di jemput oleh Maha pencipta memberi tamparan kesedaran kepadaku.Al fatihah kepada saudara satu dorm dengan aku Abdul Rasyid dan Cikgu Hadi Pendang Collector tegar HW. Ajal tak mengenal siapa kita . Hanya tuhan yang Agung yang mengetahui perjalan hidup kita.  Di mana jejakku sebenarnya ???
Adakah cukup persediaanku mengadap Ilahi. Aku rasa masih teramat jauh dari jalan yang lurus. Masih sesat dan tenggelam dalam dunia yang sementara. Rezeki di cari secara membuta tuli. Semua untuk dunia . Kebanggaan dunia dicari dan dambakan untuk mencintai dunia. Apa yang aku mahu sekarang.
Ya aku mahu berubah .....Berubah untuk menjadi lebih baik. Macam mana yang dikatakan  baik
Yang Diredai Allah s.w.t .
Macam mana ??? Aku bukan insan yang baik , tapi aku pernah diajar untuk jadi baik.  Aku kena mula dengan apa yang aku tahu dahulu. Amalkan amalan yang aku tahu. Tambahkan ilmu. Kenal diri , Kenal tuhan dan bagaimana ini akan aku laksanakan. Aku sendiri belum ada jawapan yang pasti.

YM/FB :zaxlroses/Azahairi Abd Aziz
 Email : zaxl_81@yahoo.com.my
Call/Sms : 016-2254337 Azahairi Abd Aziz ©

No comments:

Post a Comment