10.10.2010
Tarikh keramat dimana ramai pengantin mahu mengabadikan tarikh ini sebagai tarikh akad nikah mereka.Sedangkan aku terpaksa menolak beberapa tawaran akad nikah pada hari ini kerana tugasan tak rasmi Konvo di Universiti Putra Malaysia.Bertolak dari Penang pada malam hari Jumaat aku singgah ke Ipoh untuk satu lagi photoshot keluarga Abdul Hakim dan Atariah bersama anak mereka yang comel Aqellah Hafizah.Pada petang sabtu terus bertolak ke Kuala Lumpur untuk Photoshot Konvo tersebut. Tiba seawal 7.00 pagi memudahkan aku parking kereta di kawasan yang paling hampir dengan dewan memudahkan kerja aku . Dijemput kedewan dalam pukul 8.00pagi kami disajikan dengan beberapa slide sebelum acara sebenar bermula. bermula dengan acara perarakkan masuk kedewan sehingga tamat upacara konvo semuanya berlaku dengan lancar .Selepas tamatnya upacara rasmi konvo bermulalah pula upacara photoshoot aku tetapi terpaksa ditamatkan awal kerana faktor cuaca
Untuk lihat lebih klik sini
YM/FB :zaxlroses/Azahairi Abd Aziz
Email : zaxl_81@yahoo.com.my
Call/Sms : 016-2254337
Azahairi Abd Aziz ©
No comments:
Post a Comment