Friday, June 4, 2010

Perkahwinan Norizal Dan Syuhada

Assalamualaikum.

Kalau orang biasa boleh senang-lenang memilih tarikh untuk majlis perkahwinan impian mereka, mungkin tidak bagi mereka yang bergelar guru, jadi cuti sekolah adalah pilihan terbaik buat pasangan guru ini.

Buat Cikgu Norizal dan pasangan, tahniah dan selamat pengantin baru.

Hari ini saya nak kongsi kisah pasal akad nikah. Betullah kata orang biasanya lelaki akan takut dua perkara. 1 ketika bersunat dan 2 ketika nak kahwin (akad nikah). Mungkin kita selalu disogokkan dengan kisah-kisah yang menakutkan dari orang-orang tua kita. Itu yang macam-macam perihal kita boleh tengok ketika majlis pernikahan.

Bila bercakap pasal akad, orang akan bertanya pasal bilangan. Pengalaman saya, sekali lafaz itu biasa, 2 kali lafaz sangat biasa, 3 kali jarang berlaku dan angka 4 dan seterusnya tidak pernah langsung. Jadi percayalah ianya mudah tidak seperti yang bakal pengantin selalu gambarkan. Bagi Cikgu Norizal dengan sekali lafaz pasangannya menjadi miliknya. Tenang dan mampu tersenyum sahaja (ada baca Ayat la tue). Mungkin ada tip2 yang di turunkan oleh mentornya ...kalau nak tau sapa mentornya klik la link di bawah dan cari la mentornya dalam flickr saya ...



Lebih gambar Untuk Dilihat Sini
Untuk Koleksi Norizal Klik Sini

YM/FB :zaxlroses/Azahairi Abd Aziz
Email : zaxl_81@yahoo.com.my
Call/Sms : 016-2254337
Azahairi Abd Aziz ©

No comments:

Post a Comment