Salam ..
Gambar yang didedikasikan kepada Aqilah yang mana masih bayi dalam gambar ini. Gambar yang mengandungi gambar moyangnya ( tok aku ),neneknya (mak aku), maknya (adik aku ) dan Aqelah sendiri. Beruntungnya Aqelah dengan teknologi telah dapat menyatukan mereka dalam sekeping gambar bersama.Aku cuma ada tok (nenek) yang masih sihat (alhamdullilah ) tetapi tidak pernah mengenali moyangku apatahlagi menatap gambar moyang aku. Tentunya Aqelah akan berasa syukur dapat mengenali moyangnya dan dapat merasakan kasih sayang moyang, nenek dan ibuny dan dengan izin allah dapat menatap gambar ini setelah dewasa kelak .Bersyukur kepada tuhan dengan apa yang kita ada dan hargai orang tua kita semasa hayat mereka bersama.Maka kepada yang masih ada ibubapa baliklah pada raya ini dan hargailah mereka serta limpahkanlah mereka dengan kasih sayang anda . Salam Ramadan ....
Gambar Aqelah bersama Nenek
4 generasi bersatu dalam sekeping gambar
YM/FB :zaxlroses/Azahairi Abd Aziz
Email : zaxl_81@yahoo.com.my
Call/Sms : 016-2254337
Azahairi Abd Aziz ©
No comments:
Post a Comment